Kafe santai dengan masakan citarasa Malaysia Nasi Abang Don merupakan “Signature Dish” kedai ini. Ianya seakan-akan nasi kandar utara yang berwarna kuning penuh dengan pelbagai rempah-ratus citarasa Malaysia. Dengan pilihan ayam goreng berempah, daging masak hitam mahupun kari kambing mengikut pilihan pelanggan.
Nasi Ayam R for Recipe juga unik dengan resipi asli oleh Tuan Riezman Khuzaimi. Ayam digoreng dengan tepung khas dan rangup dipadankan dengan sambal cili / kicap cili, sos lada hitam, sambal berlada atau sos “Buttermilk”.
Kami juga menyediakan perkhidmatan katering untuk jamuan hari jadi, mesyuarat syarikat, reunion, perpisahan, buffet ramadhan, peluang berniaga food truck / food wagon, dan pelbagai majlis.
:: Alamat ::
L4, Retail Lot Residensi Alami,
Jalan 13/50,
Seksyen 13, Shah Alam
Waktu operasi kafe: 10:00 pagi hingga 10:00 malam.